WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AIZAT TERINGIN BERDUET DENGAN ED SHEERAN

PENYANYI dan komposer berbakat besar, Aizat Amdan menyuarakan hasratnya untuk bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran


Back To Whats Hot

PENYANYI dan komposer berbakat besar, Aizat Amdan menyuarakan hasratnya untuk bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, dia mahu memasarkan karyanya ke luar negara dan jika itu bakal menjadi kenyataan, Aizat mahukan Ed Sheeran menyanyikan lagu ciptaannya itu.

“Jika diberi peluang, saya mahu bekerjasama dengan Ed Sheeran. Bagi saya, dia penyanyi yang bijak dan fokus dalam muzik.

“Sheeran bukan saja menyanyi, malah dia adalah komposer yang hebat dan mencipta lagu untuk penyanyi antarabangsa lain,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

ED SHEERAN

Pelantun lagu Pergi itu turut mendedahkan Yuna sudah beberapa kali mengajaknya untuk mencuba nasib di Amerika Syarikat, mengikut jejak langkah penyanyi wanita popular itu.

Namun, Aizat merasakan masanya belum sesuai untuknya memasarkan diri ke bumi Uncle Sam buat ketika ini berikutan terlalu sibuk dengan komitmen seni di tanah air.

“Tetapi jika ada rezeki, tentu sekali saya mahu mencuba,” ujarnya yang baru-baru ini tampil dengan single terbaharu berjudul Jangan Menangis.

 

Sumber: – MYNEWSHUB.CC