Location
Rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga
Date
17 - 19 February 2024
Bengkel ini bertujuan untuk menerbitkan kamus di dalam bahasa Kejaman dan menjadikannya sebagai rujukan utama yang komprehensif tentang pemikiran, budaya dan warisan etnik Kejaman yang hanya terdapat di Belaga, Sarawak. Penerbitan kamus ini juga akan memuatkan bahan tentang bahasa, sejarah, kesusasteraan dan kebudayaan etnik Kejaman. Bengkel ini merupakan julung kalinya dianjur oleh Persatuan Bangsa Kejaman S’wak ( PBKS) dan juga Dewan Bahasa & Pustaka cawangan S’wak. Ianya akan berlangsung pada 17 - 19 Feb 2024 bertempat di rumah Kejaman Neh, Long Liten, Belaga, S’wak.