WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BAJU NIKAH SEKSI SANGAT, AFIFAH NASIR DIKECAM TERUK

Afifah berdepan kecaman teruk netizen gara-gara menggayakan baju nikah yang mencolok mata, tidak sesuai dengan majlis


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Belum sampai 24 jam meraikan hari bahagia sebagai pengantin baharu, pelakon Afifah Nasir sudah menjadi bahan kecaman hebat netizen sejak semalam.

Semuanya gara-gara gaun putih yang digayakan pada hari pernikahan yang didakwa mencolok mata.

Ada juga pengikut laman sosial menganggap adik pelakon Anzalna Nasir itu seolah-olah tidak menghormati agama.

“Anzalna punya baju akad nikah cantik lagi, lebih sopan. Silap pilih pereka fesyenkah? Seksi sangat,” kata netizen.

“Kasihan, terlampau nak moden. Habis semua orang tidak berkenan dengan baju nikah Afifah,” usik netizen lain.

“Nikah adalah syariat Islam. Jadi, kalau boleh pakailah pakaian bertutup walaupun tidak mahu bertudung,” nasihat pengikut.

Selain baju, ramai juga yang turut memberikan kritikan terhadap solekan pelakon drama Cik Misi 123 itu sehingga disamakan dengan Allahyarham Mona Fendi.

“Solekan dia macam arwah Mona Fendi. Siapalah jurusolek dia,” kritik pengguna media sosial.

“Tiada seri. Solekan dia pun nampak tua atau sebab kurang pencahayaan?,” komen netizen.

Difahamkan, gaun Afifah, 31, merupakan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Zuhair Murad manakala solekannya mendapat sentuhan Khir Khalid.

Semalam, Afifah sah menjadi isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini