WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MARK ADAM RISAU KESAN ‘TUMPAH TEH’ KEPADA ANAK MUDA

Mark Adam risau dengan trend melondehkan aib yang diraikan ramai orang sejak akhir-akhir ini


Back To Whats Hot

Gara-gara kontroversi ‘melondehkan’ aib golongan selebriti, penyanyi dan pelakon Mark Adam dilihat menjadi antara penggiat seni yang menyuarakan pandangannya.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, Mark menasihatkan generasi muda agar jangan melakukan perkara yang tidak baik yang boleh mengundang dosa.

Menurut pelantun lagu Pencuri itu, setiap individu perlu melakukan kerja secara ikhlas agar dikenali dengan perkara positif, bukannya menerusi hal negatif.

Menurutnya, kanak-kanak di luar sana tidak perlu meniru sikap dan perbuatan yang tidak elok sekali gus perlu mendapatkan pandangan orang tua sebelum berkongsi sesuatu dalam media sosial.

Mark bimbang apa yang berlaku boleh membuatkan golongan muda terkeliru.

Mizz Lahar pun bersetuju dengan peringatan dilakukan penyanyi itu kerana secara tidak langsung sebagai amaran kepada ibu bapa untuk memantau perilaku anak mereka.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini