WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

TRAGEDI HELIKOPTER TLDM: JOANNA SELAMAT DISEMADIKAN, TINGGALKAN SUAMI, DUA ANAK KECIL

Mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rhona, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh Tebakang


Back To Whats Hot

SERIAN, 25 April - Mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rhona, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh Tebakang, di sini pada jam 11.20 pagi tadi. 

Mendiang dikebumikan selepas Majlis Penghormatan Terakhir dikediamannya bermula awal pagi tadi. 

Pengebumian turut disertai penduduk kampung, warga Angkatan Tentera Malaysia dan vateran tentera serta agensi-agensi kerajaan lain.

Suami mendiang, Hasley Ali, 33, ketika ditemui media berkata beliau menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir hari ini.

Majlis pengembumian mendiang disaksikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang termasuk anaknya, Allesia Felice Haslie 4 tahun, dan Hovannes Hasley, 1 tahun. 

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot Jeam serta Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Laksamana Pertama IR Franklin Jeyasekhar Joseph dan Penasihat Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR), Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini