WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

WANITA MENGAKU KEKASIH ALIFF AZIZ, DAKWA RUHAINIES ‘PEROSAK’

Kemelut rumah tangga dan kontroversi kecurangan pelakon juga penyanyi Aliff Aziz kini memasuki episod baharu


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Kemelut rumah tangga dan kontroversi kecurangan pelakon juga penyanyi Aliff Aziz kini memasuki episod baharu apabila wujud satu lagi karakter ‘kekasih gelap’ bernama Sarah Yasmine.

Perkara tersebut dibongkarkan seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang tiba-tiba muncul membuat pengakuan ada menjalin cinta dengan suami pelakon Bella Astilahh itu sejak awal tahun Januari 2024.

Lebih dramatik, wanita dipercayai asal Singapura itu mendakwa masih berstatus kekasih Aliff sewaktu pelakon itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

“Saya merupakan kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024.

“Apa yang berlaku sememangnya salah, namun tidak wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada Aliff seorang saja,” itu pendedahan dibuat dalam Instagram, malam tadi.

Pendedahan terbuka yang turut disertakan menyelitkan klip video bapa kepada dua cahaya mata itu mengucup pipinya sekali gus menjadi satu lagi bukti kecurangan aktor tinggi lampai itu yang mungkin selama ini sudah berada dalam pengetahuan isterinya.

Enggan mengeruhkan keadaan, namun menerusi perkongsian sama, wanita dipercayai dari Singapura itu turut mendakwa Aliff juga bercinta dengan Ruhainies pada waktu sama turut  dipergunakan dramatis itu.

Sarah turut menulis kronologi hubungannya dengan Aliff dan mendakwa aktor terbabit ‘curang’ dengannya apabila menjalin hubungan dengan Ruhainies.

Malah, dia turut mendedahkan mempunyai bukti perbualan Aliff dengan Ruhianies dalam WhatsApp yang menunjukkan mereka sedang bercinta.

“Saya membaca perbualan Aliff dengan NRF (Ruhainies). Alangkah terkejutnya saya melihat rancangan NRF untuk membolehkan balikkan hati Aliff kepada Bella.

“Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk ‘protect’ ZRF dan semua yang Aliff lakukan adalah atas suruhan NRF (macam Aliff kena brainwash)

“Semua perbualan dengan bukti, NRH (merujuk kepada Ruhainies) yang tolong untuk peguam, driver dan bodyguard. Semua NRF utuskan  dan setiap perbualan dengan Alif dan NRF ber’love’, sayang, rindu segalanya.

“Hancur hati saya melihat perbualan itu dan semua perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bella dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami kepada Bella yang masih sah,” tulisnya yang turut berasa tertipu dengan pasangan khalwat Aliff.

Dalam masa sama, Sarah mengakui isteri Aliff, Bella sedia mengetahui tentang kewujudannya dalam rumah tangga mereka.

Dalam hantaran yang sama, berkongsi video mesra dirinya dengan Aliff yang memaparkan aksi memeluk lengan serta mencium pipi.

Sementara itu, pendedahan wanita itu menarik perhatian netizen apabila lebih 2,000 komen pada hantaran berkenaan.

Antaranya ialah “penyondol disondol penyondol, lalu penyondol terasa sakit hati disondol oleh penyondol lalu penyondol memuat naik ‘statement’ penyondol”.

“Tak faham betul. Bella yang memegang status isteri. Yang perempuan ni, terpaling jadi bini ka?” tulis seorang pemilik akaun lain..

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas lelaki itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, Mac lalu.

Selepas kerap menjadi mangsa kecurangan Aliff, difahamkan sebanyak 11 kali, Bella akhirnta memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu. Sehingga kini perbicaraan perceraian mereka masih belum selesai.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh HANISAH SELAMAT
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini