• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HARAM CIUM HAJAR ASWAD JIKA BAHAYAKAN DIRI – DR. ZULKIFLI

Tangkap layar seorang pempengaruh membawa beberapa jemaah wanita mencium hajar aswad


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya ia menyebabkan masalah dan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, meskipun mencium hajar aswad adalah ibadah, namun ia sunat untuk dilakukan.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

‎”Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Justeru, Dr. Zulkifli menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan trend memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah ‘trend’ yang merugikan itu,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pempengaruh dan usahawan terkenal memuat naik satu klip video membawa sekumpulan wanita termasuk isterinya untuk mencium hajar aswad.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, kelihatan lelaki terbabit terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.

Sehubungan itu, rata-rata ramai mengecam tindakan lelaki itu yang dikatakan hanya berbuat demikian semata-mata untuk ‘content’.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini