WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FIR AFFANDI KELUAR SINGLE PERTAMA

Fir Affandi, nama yang tidak asing lagi dalam industri radio dan pengacaraan, kini bertukar angin ke dunia nyanyian


Back To Whats Hot

Fir Affandi, nama yang tidak asing lagi dalam industri radio dan pengacaraan, kini bertukar angin ke dunia nyanyian apabila berjaya menghasilkan sebuah single pertama yang bertajuk ‘Manis Gulapong’.

Fir, 35 dalam perkongsiannya berkata, lagu tersebut mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan sepenuhnya. Sudir@Chop yang merupakan composer lirik lagu tersebut telah menggunakan 100% lirik dalam Bahasa Sarawak.

Tambah beliau, tajuk yang dipilih itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama antara beliau dengan komposer lagu tersebut. Gulapong itu sendiri merupakan simbolik yang mewakili Sarawak. Oleh itu, ‘Manis Gulapong’ dipilih bagi menggambarkan manisnya wajah para gadis di Sarawak, di samping ingin mengangkat martabat Sarawak di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berharap agar single pertama tersebut akan didengari oleh semua lapisan masyarakat, warga Sarawak khususnya. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu tersebut 100% berunsurkan elemen Sarawak, daripada lirik lagu sehinggalah latar belakang video muzik. Boleh lakukan carian “Manis Gulapong Fir Affandi” dalam carian YouTube untuk mendengarkan lagu tersebut. Untuk makluman, bermula 11 Mac akan datang, lagu tersebut boleh didengar di semua online streaming music. CATS mendoakan semoga beliau terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Dengarkan Fir Affandi bersama Ardin Belarek dan Elya Nabila dalam CATS AM Crew, Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini