• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AS GESA ISRAEL BENAR UMAT ISLAM BERIBADAT DI AL-AQSA SEPANJANG RAMADAN

Masjid Kubah Batu di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis - Foto REUTERS


Back To Whats Hot

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel membenarkan umat Islam beribadat dengan bebas di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sepanjang bulan Ramadan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata memandangkan ia berkaitan dengan Al-Aqsa, pihaknya menggesa Israel untuk memudahkan akses ke tempat ibadat untuk acara keagamaan yang aman semasa Ramadan selaras dengan amalan masa lalu.

"Itu bukan saja perkara yang betul untuk dilakukan atau soal memberi orang kebebasan beragama dan yang mereka ada hak, tetapi ia juga perkara yang secara langsung penting untuk keselamatan Israel.

"Ia bukan bagi kepentingan keselamatan Israel untuk mencetuskan ketegangan di Tebing Barat atau di rantau yang lebih luas," katanya.

Terdahulu, seorang menteri sayap kanan, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir, mencadangkan untuk menghalang rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki daripada solat di sana.

Israel juga dilaporkan sudah menilai cara menangani ibadat di Baitulmaqdis semasa Ramadan, bulan suci Islam yang akan bermula pada 10 atau 11 Mac ini.

Bulan puasa tiba ketika Israel melancarkan kempen ketenteraan tanpa henti di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan besar oleh Hamas di dalam Israel pada 7 Oktober lalu.

Minggu lalu, Ben Gvir, berkata penduduk Palestin di Tebing Barat tidak boleh dibenarkan masuk ke Baitulmaqdis untuk berdoa pada bulan Ramadan.

"Kami tidak boleh mengambil risiko dengan menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Gaza dan membenarkan perayaan untuk Hamas di Al-Aqsa," katanya.

Ben Gvir mengetuai parti berhaluan kanan yang menyokong kawalan Yahudi ke atas perkarangan itu.

AS mendesak perjanjian sebelum Ramadan bermula, di mana Israel akan menghentikan serangan di Semenanjung Gaza dan tebusan yang diculik pada 7 Oktober akan dibebaskan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini