• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BULAN SEMAKIN MENGECIL

Ketika Bulan semakin mengecil, ia mengakibatkan berlakunya tanah runtuh, gegaran dan beberapa jenis kemusnahan lain - Getty Images


Back To Whats Hot

WASHINGTON - Satu penemuan mendapati saiz Bulan semakin mengecil sekali gus mencetuskan risiko kepada permukaannya dan misi angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pakar-pakar dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, ketika Bulan semakin mengecil, ia mengakibatkan berlakunya tanah runtuh, gegaran dan beberapa jenis kemusnahan lain.

Bulan juga telah kehilangan lebih 45.72 meter di sekitar bahagian tengah dalam 100 juta tahun lalu disebabkan permukaannya mudah pecah. Ia menyebabkan berlakunya kerosakan apabila serpihan kerak bersatu.

Selain itu, kumpulan saintis tersebut juga mendapati bahawa pengecutan ini mengubah rupa bentuk permukaan Bulan berhampiran kutub selatan.

“Model kami mencadangkan bahawa gempa bulan cetek yang mampu menghasilkan gegaran tanah kuat di kawasan kutub selatan adalah mungkin berpunca daripada kejadian gelinciran pada sesar sedia ada atau pembentukan sesar tujahan baharu,” kata salah seorang saintis, Dr. Thomas Watters.

Sama seperti gempa bumi, gempa bulan cetek disebabkan oleh kerosakan di bahagian dalam Bulan dan boleh menjadi cukup kuat untuk merosakkan bangunan, peralatan serta struktur buatan manusia yang lain. 

Namun tidak seperti gempa bumi yang cenderung berlangsung hanya beberapa saat atau minit, gempa bulan cetek boleh bertahan selama berjam-jam.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini