Katanya, cabaran tersebut membuatkan dirinya sentiasa bersedia dan membuat kajian sebelum memasuki set penggambaran.
"Bahasa sebagai cabaran utama saya kerana bahasa Malaysia tidak begitu fasih, jadi bila ada pelakon yang mencelah dalam dialog membuatkan saya sukar untuk menyambungnya.
"Saya bimbang jika perkara itu akan membuatkan pelakon senior menjadi marah kepada saya. Nasib baik juga Fattah Amin dan Neelofa banyak membantu saya," ujarnya.
Dalam pada itu, Alvin berkata, sejak drama tersebut ditayangkan, pengikut laman sosial peribadinya turut bertambah secara mendadak.
Katanya, penambahan lebih 50,000 pengikut itu daripada kalangan peminat Melayu.
"Laman sosial seperti Intagram dan Twitter meningkat secara mendadak selepas drama itu bersiaran, pengikut Instagram kini mencecah lebih 100,000 daripada 50,000," ujarnya.
Drama Suri Hati Mr Pilot yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.
Dalam perkembangan nyanyian, Alvin yang kini berada bawah pengurusan E Studios Managment berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single lagu Melayu pertama berjudul Lagu Mu ciptaan Omar K.
Katanya, dia berasa gementar dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu tersebut.