Tarikh 21 Mei 2021 mungkin boleh digelar sebagai “Hari Keanu Reeves”.
Apa tidaknya apabila dua filem blockbuster lakonan pelakon popular itu bakal ditayangkan pada hari sama!
Perkara itu didedahkan menerusi satu muat naik di laman Instagram Rotten Tomatoes.
Menurut muat naik berkenaan, sekuel filem aksi sci-fi The Matrix 4 yang diterbitkan oleh Warner Bros dan siri filem pembunuh upahan John Wick: Chapter 4 yang diterbitkan oleh Lionsgate Studio akan ditayangkan pada hari yang sama.
"Tarikh Mei 2021 boleh dikenali sebagai ‘Hari Keanu Reeves’ kerana The Matrix 4 dan John Wick 4 dijangka akan ditayangkan pada hari berkenaan.
"Bersiap sedialah!" tulis pengendali akaun tersebut.
Walaupun tarikh berkenaan mungkin boleh diubah pihak produksi, rata-rata komen peminat menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menunggu tarikh berkenaan.
With JOHN WICK: CHAPTER 4 and THE MATRIX 4 sharing a release date, motion to make May 21, 2020 a national Keanu Reeves holiday. pic.twitter.com/bTvaM32Weo
— Meagan Navarro (@HauntedMeg) December 11, 2019
Both John Wick 4 and The Matrix 4 are due to come out on May 21st, 2021. We should just make May 21st Keanu day from here out. pic.twitter.com/p7nGwBopLF
— We Watched A Movie (@WeWatchedAMovie) December 11, 2019
National Keanu Reeves Day! pic.twitter.com/tN4szSAsyU
— Darrell (@SpiderDarrell) December 11, 2019
Nama pelakon kacak dari Kanada berusia 55 tahun itu kembali menjadi sebutan ramai apabila berita itu tersebar luas sehinggakan ramai yang menjadikan dia sebagai ‘meme’ di laman sosial.
Sumber: AWANI
I would love to receive more updates from CatsFM !