WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

KUALITI UDARA SRI AMAN TAHAP BAHAYA, IPU LEBIH 410

Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 414 setakat 9 pagi ini


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 414 setakat 9 pagi ini.

Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini mengalami kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu merentas sempadan, memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.

Tiga lagi kawasan di negeri itu iaitu Sarikei (232), Samarahan (218) dan Kuching (248) pula kekal di tahap sangat tidak sihat.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Yeo Bee Yin semalam berkata satu lagi operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak hari ini bagi membantu menurunkan indeks pencemaran udara di negeri itu.

Kebakaran hutan yang turut berlaku di Sumatera pula menyebabkan kualiti udara di kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia turut terjejas.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber: AWANI