WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

ZIZI BELUM TERBUKA HATI

Zizi, 33, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata perceraian dilalui adiknya membuatkan dia trauma untuk mendirikan rumah tangga


Back To Whats Hot

Penyanyi Zizi Kirana mengakui belum terbuka hati untuk berkahwin selepas putus cinta pada 2012.

Zizi, 33, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata perceraian dilalui adiknya membuatkan dia trauma untuk mendirikan rumah tangga.

“Dulu, saya bersemangat nak kahwin. Selepas usia memasuki 30-an dan belum bertemu lelaki sesuai, saya jadi malas untuk fikir soal ini.

“Dalam masa sama, timbul perasaan takut selepas melihat adik melalui dua kali perceraian. Ia membuatkan saya trauma. Jadi, saya cakap pada diri sendiri nanti dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Zizi yang popular menerusi lagu Nak Ke Tak Nak berkata, antara sebab lain dia belum bersedia adalah perasaan susah percaya kepada lelaki.

“Kali terakhir saya bercinta pada 2012. Selepas itu saya selesa untuk berkawan saja. Saya jenis susah nak percayakan lelaki.

“Bagi saya dalam perhubungan apa saja boleh terjadi. Saya tidak mahu terlalu berharap. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya.

Sumber: Harian Metro