WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ILA DAMIAA TIMANG ANAK LELAKI

Dia masih berasa seperti bermimpi dan tidak percaya apabila melihat kehadiran anak sulungnya itu di depan mata


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga bakat kelahiran program realiti, Mentor musim keempat, Ila Damiaa selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuching, Sarawak, jam 8.29 pagi tadi.

Bekas protege kepada Joe Flizzow itu yang berkongsi kegembiraan di laman Instagram, memaklumkan bayi seberat 3.89 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Abg Zayne Mateen Abg Mohd Sahril.

“Pengalaman melahirkannya sangat manis dan tak akan saya lupakan. Mungkin kedengaran klise, namun saya menitiskan air mata sebaik sahaja mendengar tangisannya. Ketika itu, saya masih belum berpeluang menatap wajahnya.

“Hanya Allah yang tahu perasaan apabila sudah menjadi ibu. Gembiranya saya tidak mampu diungkapkan dengan perkataan. Saya bersyukur diberikan Allah peluang melalui pengalaman yang paling indah ini,” kongsinya kepada BH Online.

Menurut Ila, dia masih berasa seperti bermimpi dan tidak percaya apabila melihat kehadiran anak sulungnya itu di depan mata.

“Terasa bahagia sangat apabila saya kini dapat menatap wajah dan mendengar tangisannya. Alhamdulillah, pengalaman ini terlalu manis untuk dikenang, selepas lebih dua tahun saya dan suami menanti kehadirannya.

”Paling manis dan boleh dikatakan agak istimewa, doktor sempat memutarkan lagu nyanyian saya, Cuma Kamu ketika saya dibawa masuk dewan pembedahan tadi,” katanya.

Ila mendirikan rumah tangga dengan Abg Mohd Sahril Abg Spian pada 6 Mac 2016.

Sumber: Berita Harian