WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

JALAN SESAK PENGANTIN LELAKI JEMPUT ISTERI GUNA HELIKOPTER

Jalan raya di Nanyuan Road, China, telah menjadi sesak selama kira-kira sejam semalam


Back To Whats Hot

Jalan raya di Nanyuan Road, China, telah menjadi sesak selama kira-kira sejam semalam.

Ramai yang menyangka ia berpunca susulan kemalangan namun sebenarnya kejadian itu berlaku akibat tindakan seorang taikun yang menjemputnya pengantin perempuan dengan menggunakan helikopter, pada majlis perkahwinan mereka.

Helikopter berkenaan berhenti betul-betul di tengah jalan dan ia dilakukan sebagai simbolik kepada percintaan mereka, kononnya cinta itu jatuh dari langit.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dinamakan.

Menurut pihak yang terlibat dalam penerbangan helikopter terbabit, Zhao, pasangan pengantin itu menyewa helikopter tersebut sebagai menunjukkan perasaan cinta mereka.

Kos menyewa helikopter dianggar antara £2,280 hingga £683,000 sejam.

Sementara itu, orang ramai yang bengang kerana helikopter terbabit menghalang lalu lintas telah menghubungi polis.

Selain itu, pasangan terbabit juga dikecam di media sosial kerana mementingkan diri sendiri hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Ada yang mendesak supaya pasangan itu dihadapkan ke muka pengadilan manakala yang lain pula bimbang tindakan tersebut hanya menjejaskan keselamatan orang ramai.