WHAT'S NEXT

CATS XPOSED - ME

10.00am - 12.00pm

SUAREZ 'SUKA DALAM DUKA'

Luis Suarez berkata keputusan seri 2-2 yang dilakar Uruguay bertemu Jepun di Copa America, semalam membuatkan perasaannya bercampur baur


Back To Sports Updates

PORTO ALEGRE: Luis Suarez berkata keputusan seri 2-2 yang dilakar Uruguay bertemu Jepun di Copa America, semalam membuatkan perasaannya bercampur baur.

Suarez yang juga penyerang Barcelona turut meletakkan namanya selaku penjaring untuk Uruguay dalam aksi Kumpulan C berkenaan tetapi keputusan itu mengakibatkan hasrat pasukannya untuk mara ke peringkat kalah mati lebih awal terencat.

Uruguay memperoleh manfaat daripada teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membenarkan Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas Jepun terlebih dulu di depan menerusi Koji Miyoshi pada minit ke-25.

Miyoshi kembali meletakkan pasukan jemputan dari Asia di depan selepas sejam perlawanan berlangsung tetapi ia kembali disamakan Uruguay menerusi pertahanannya, Jose Gimenez enam minit berselang.

Suarez jelas kecewa dengan keputusan itu, yang meninggalkan Uruguay dengan empat mata terutama selepas dia dan rakan sepasukannya, Edinson Cavani turut menggegar palang menentang pasukan yang dibelasah Chile 4-0 pada aksi pembukaan.

“Kami perlu memperbetulkan kesilapan dan kembali meraih perkara yang positif,” kata Suarez. “Kami lebih mencipta peluang terbaik. Kerana itu ia meninggalkan kami dengan perasaan suka dalam duka.

“Secara keseluruhan kami mengharungi perlawanan yang baik, tetapi kami berdepan akibat yang dalam kejohanan seperti ini di mana kamu melakukan dua kesilapan dan mereka menjaringkan dua gol dan kamu perlu lebih berhati-hati.”

Suarez begitupun tidak terkejut dengan prestasi naib juara Asia itu yang sebelum ini dimalukan oleh Chile.

“Kami tahu yang prestasi Jepun menentang Chile bukan gambaran sebenar,” kata Suarez. “Mereka pantas, mempunyai banyak kualiti, mereka memberi kami tekanan dan tidak membenarkan kami bermain dengan baik.”

Sumber: Berita Harian