WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

DATUK LCW MAHU UMUM PERSARAAN?

Chong Wei dikatakan membuat keputusan untuk menggantung raket atas nasihat doktor


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka akan mengumumkan persaraannya minggu depan selepas 19 tahun perjuangannya dalam sukan bulu tangkis itu.

Menurut sumber, Chong Wei dikatakan membuat keputusan untuk menggantung raket atas nasihat doktor yang merawatnya agar beliau tidak lagi dibebani dengan tekanan.

Ia bagi mencegah kanser hidung yang dihadapinya sebelum ini bagi mengelakkan ia menyerang kembali.

Pemain berusia 37 tahun itu sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak mengambil cuti pada penghujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.

Terdahulu, atlet kelahiran Perak itu diketahui menghidap kanser hidung pada tahun lalu sebelum bercuti rehat selama beberapa bulan.

Beliau turut memberitahu akan tetap dengan pendiriannya dengan keputusan yang sudah diputuskan dan akan memaklumkan perancangannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan kejurulatihan skuad negara selepas Aidilfitri.

Kali terakhir Chong Wei merangkul kejuaraan adalah pada saingan Terbuka Malaysia 2018 yang menjadi gelaran ke-12 dalam kariernya.

Sumber: AWANI