• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

CITY DIDENDA RM193,900

Manchester City didenda £35,000 (RM193,900) oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana gagal mengawal pemainnya


Back To Sports Updates

London: Manchester City didenda £35,000 (RM193,900) oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana gagal mengawal pemainnya dalam perlawanan menentang Liverpool, 19 Mac lalu.

City mengaku bersalah atas tuduhan salah laku, minggu lalu selepas beberapa pemain dilihat membantah pemberian sepakan penalti kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Eastlands itu.

Mereka terus merungut selepas James Milner menyempurnakan sepakan penalti sekaligus membolehkan Liverpool mendahului perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

"Berikutan perbicaraan suruhanjaya kawal selia bebas, Manchester City didenda £35,000 (RM193,900) selepas kelab itu mengaku bersalah atas tuduhan salah laku," kata FA dalam satu kenyataan pada Isnin.

"City melanggar peraturan E20(a) apabila kelab itu gagal memastikan pemainnya mengawal diri kira-kira di minit ke-50 dalam perlawanan menentang Liverpool pada 19 Mac 2017."