WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BISA ‘KUDA TUA’ RONALDO BELUM BERKARAT

Ronaldo membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kemenangan Al-Nassr walaupun berehat lama akibat masalah kecederaan sebelum ini - AL-NASSR


Back To Sports Updates

RIYADH - Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr meletakkan sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) setelah menewaskan Al Feiha 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik di Sta­dium Putera Faisal Bin Fahd awal pagi semalam.

Penyerang sensasi yang juga kapten pasukan, Cristiano Ronaldo muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-81, sekali gus merakam jaringan pertama peribadinya pada tahun ini.

Keputusan tersebut memberi kelegaan kepada Al-Nassr yang beraksi secara kompetitif buat kali pertama dalam tempoh hampir dua bulan selepas saingan liga berehat kerana memberi laluan kepada penganjuran Piala Asia 2023 di Qatar.

Ronaldo, 39, yang terlepas beberapa perlawanan persahabatan diatur Al-Nassr ­sejak bulan lalu ekoran masalah kecederaan, mengakui dirinya kini sudah kembali cergas sepenuhnya.

“Sebelum ini saya memang cedera, tetapi kini tidak lagi ke­rana sudah pulih seratus peratus,” katanya.

Sementara itu, pengendali Al-Nassr, Luis Castro mengakui, pasukannya layak untuk menang kerana berjaya mendominasi perlawanan dan berharap dapat melangkah ke kelompok lapan kelab terbaik Asia nanti.

“Meskipun tidak beraksi hampir dua bulan, namun kami masih mampu menguasai sepenuhnya perlawanan dan saya percaya kami berhak untuk menang aksi kali ini.

“Sekarang bukanlah masa untuk meraikan keputusan ini kerana kami perlu fokus pada aksi timbal balik minggu depan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini