WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

PIALA ASIA: WASPADA ‘AMUKAN’ KOREA SELATAN

Benteng Harimau Malaya perlu benar-benar bersedia untuk berdepan serangan Korea Selatan pada aksi terakhir - FB FAM


Back To Sports Updates

Skuad Harimau Malaya perlu waspada dengan ‘amukan’ Korea Selatan menjelang perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E saingan PIala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada Khamis ini.

Sebagai rekod, aksi tersebut boleh dianggap sebagai ‘pelengkap jadual’ buat skuad kebangsaan selepas disahkan tersingkir apabila tewas dua kali berturut-turut kepada Jordan dan Bahrain sebelum ini.

Situasi berbeza melibatkan Korea Selatan yang dilihat terdesak untuk pulihkan maruah yang tercalar susulan keputusan seri mengejut 2-2 yang diraih ketika menentang Jordan, Sabtu lepas.

Pemerhati sukan bola sepak kebangsan, Stanley Bernard mengakui keputusan seri yang diraih oleh skuad Taeguk Warriors itu sudah pasti mengubah senario serta mentaliti pasukan ketika bertemu Malaysia nanti.

“Saya anggap perlawanan ketiga melibatkan Malaysia menentang Korea Selatan dijangka sukar kerana situasi sudah berbeza. Korea Selatan tentunya mahu menamatkan saingan selaku juara kumpulan.

“Keputusan seri telah mengubah senario serta mentaliti pasukan itu kerana jika mereka menang bertemu Jordan, mereka sudah layak (ke pusingan 16 terbaik) dan mungkin rehatkan pemain-pemain utama.

“Kini, mereka pasti mengekalkan taktikal serta momentum sebenar ketika bertemu skuad kebangsaan nanti dan kita perlu lebih waspada,” katanya dipetik menerusi program bual bicara televisyen swasta.

Di atas kertas, Korea Selatan yang dikendalikan oleh pengendali berpengaruh, Jurgen Klinsmann boleh dianggap sebagai antara pilihan pada kejohanan kali ini berdasarkan kedudukan ranking di No. 23 dunia.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini