• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MOTIVASI HARIMAU MALAYA DI TAHAP TERBAIK

Josue berjaya meledak gol penyamaan ketika Harimau Malaya berjaya mengikat Syria 2-2 pada aksi awal pagi semalam - FB FAM


Back To Sports Updates

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui sedang berdepan kesulitan dalam menentukan pemain terbaik untuk diturunkan pada aksi pertama Piala Asia Kumpulan E bertemu Jordan di Stadium Al Janoub Selasa depan.

Pan-gon menjelaskan aksi persahabatan menentang Syria yang berakhir seri 2-2 awal pagi semalam berjaya menemui objektif utama apabila semua pemain tampil positif untuk pikat perhatiannya.

“Pemain patut dapat keyakinan sebelum lawan Jordan dan saya fikir kami mampu bersaing pada perlawanan pertama nanti. Selepas hampir sebulan tanpa perlawanan, kini program yang diatur berada di landasan betul untuk hadapi Jordan.

“Ini adalah manfaat yang kita dapat daripada aksi persahabatan untuk persiapkan pasukan. Tiada sebarang kecederaan juga sesuatu yang bagus dan saya gembira dengan semua pemain.

“Semua pemain boleh diturunkan dalam kesebelasan utama. Selepas ini barisan kejurulatihan akan nilai perlawanan ini untuk menentukan siapa yang akan bermain dalam kesebelasan utama pada aksi pertama,” katanya.

Pada perlawanan awal pagi semalam, Arif Aiman Hanapi terlebih dulu meletakkan Malaysia di depan, namun Syria bangkit memperoleh dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Pablo Sabbag dan Ibrahim Hesar.

Bagaimanapun, kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue tampil cemerlang untuk menafikan kemenangan Syria apabila menyumbangkan jaringan kedua skuad negara.

“Permulaan yang bagus untuk kami dan ia menunjukkan kami mampu bersaing dengan pasukan di ranking ke 91 dunia. Saya gembira dengan prestasi pemain khususnya di babak pertama.

“Hari ini (semalam) kami beri minit permainan kepada semua orang. Bukan senang untuk bermain terutamanya selepas melakukan pertukaran di babak kedua, jadi sudah pasti saya gembira untuk tamatkan perlawanan ini 2-2,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini