WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

TAHNIAH HARIMAU MALAYA! BERJAYA TUNDUKKAN KEPULAUAN SOLOMON

Harimau Malaya Kembali Mengaum!- Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

KUALA TERENGGANU: Harimau Malaya bangkit apabila berjaya membuktikan ranking lebih rendah tidak menghalang mereka untuk melakar kemenangan selepas menewaskan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang berada di ranking ke-138 dunia berbanding lawan di tangga 134, mempamerkan taring apabila bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan 4-1.

Harimau Malaya bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pelawat menerusi Raphael Le Ai pada minit ke-11 selepas penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tersilap langkah apabila keluar dari posisinya.

Tersentak dengan jaringan itu, barisan pemain negara menggandakan usaha untuk memburu gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila pemain naturalisasi, Paulo Josue meledak gol sulungnya bersama Harimau Malaya pada minit ke-40.

Giliran pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi pula membuka akaun jaringan bersama skuad kebangsaan apabila menyudahkan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan lawan, Calvin Ohasio.

Pemain gantian, Safawi Rasid membalas kepercayaan jurulatih apabila dia tidak melepaskan peluang terbaik untuk menambah jaringan ketiga Harimau Malaya pada minit ke-76.

Bagi menutup tirai, Lee Tuck kemudian melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila meledak gol keempat pada masa kecederaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini