WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SAFAWI DEDAH SYIFA MELVIN SEDANG HAMIL 6 BULAN

Jaringan Gol Dilakukan Khas Untuk Isterinya - Sumber Foto FAM Malaysia


Back To Sports Updates

Pemain bola sepak Malaysia, Safawi Rasid mendedahkan isterinya, pelakon dan ‘influencer’ media sosial, Syifa Melvin kini sedang hamil enam bulan. 

Tular video di platform TikTok apabila Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 26 berkata, jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan pada malam Khamis adalah khas buat isterinya yang sedang hamil. 

“Ya dia mengandung. Gol tadi saya hadiahkan kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua,” katanya. 

Dalam video tersebut, aksi Safawi menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dikatakan simbolik yang Syifa kini sedang berbadan dua. 

Untuk rekod, Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Sumber: mStar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini