WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

CHELSEA DAN NEWCASTLE UNITED BERMINAT NAK ‘SAMBAR’ MESSI

Messi Dapat Tawaran Daripada Dua Kelab Terkemuka - Sumber Foto Mstar


Back To Sports Updates

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi telah mendapat tawaran daripada dua kelab terkemuka Eropah dalam beberapa jam yang lalu. 

Sebelum ini, Barcelona dan Al-Hilal adalah dua kelab yang mendahului perlumbaan untuk menandatangani Messi secara percuma. 

Dikhabarkan juga, Messi turut diintai Inter Miami kebelakangan ini. 

Menurut wartawan Pablo Gravellone, Messi kini telah menerima dua tawaran iaitu daripada Chelsea dan Newcastle United. 

Malahan, kedua-dua kelab Liga Perdana berkenaan sedang memantau situasi  bintang Argentina itu. 

Perpindahan ke Liga Perdana juga mungkin menjadi antara pilihan yang dipertimbangkan pemenang tujuk kali Balloon d’Or itu. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini