WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

ISRAEL LANCAR SERANGAN PELURU BERPANDU TERHADAP IRAN - ABC NEWS

Salah sebuah peluru berpandu balistik terdampar di pantai Laut Mati, selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel - Foto REUTERS


Back To Whats Hot

WASHINGTON: Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Iran, lapor ABC News melaporkan lewat Khamis, memetik seorang pegawai AS, beberapa hari selepas Iran melancarkan serangan dron ke atas Israel.

Agensi berita Fars Iran berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya tidak diketahui dengan segera.

Beberapa tapak nuklear Iran terletak di wilayah Isfahan, termasuk Natanz, pusat program pengayaan uranium Iran.

Sehubungan itu, beberapa penerbangan dilencongkan dari ruang udara Iran, lapor CNN.

Pada hujung minggu, Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas serangan yang disyaki Israel di kawasan kedutaannya di Damsyik, Syria, kebanyakannya ditembak sebelum sampai ke wilayah Israel.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel 'mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran'.

Namun, Israel berkata ia akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April, dengan penganalisis serta pemerhati menimbulkan kebimbangan mengenai risiko perang Israel-Palestin merebak ke seluruh Asia Barat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini