WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HUJAN LEBAT HAMPIR SELURUH NEGARA PETANG INI

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di kesemua negeri di Semenanjung kecuali Perlis


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di kesemua negeri di Semenanjung kecuali Perlis menjelang petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk ini dikeluarkan berikutan daripada penumpuan angin dari pelbagai arah yang sedang berlaku di kawasan perairan Selat Melaka.

“Cuaca buruk yang dijangka berlaku pada petang ini akan tertumpu di kawasan pedalaman Semenanjung, Pantai Barat, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta di Sabah dan Sarawak.

“Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir itu dijangka melanda pedalaman Perak, Kedah, Selangor, Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor,” ujarnya.

Sementara itu, menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu turut diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Kapit, Miri, Limbang, dan kawasan pedalaman Sabah.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh ATIQ MAISARAH SUHAIMI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini