• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

NETIZEN TERKEJUT TEMUI ‘ULAR BERKAKI’

Seorang pengguna media sosial di Thailand berkongsikan gambar seekor haiwan aneh yang kelihatan seperti ular kecil


Back To Whats Hot

BANGKOK - Seorang pengguna media sosial di Thailand berkongsikan gambar seekor haiwan aneh yang kelihatan seperti ular kecil tetapi mempunyai empat kaki, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut individu tersebut, haiwan itu ditemui di rumahnya.

“Haiwan apakah ini? Ia kelihatan seperti ular tetapi mengapa mempunyai kaki,” soalnya dalam hantaran yang dimuat naik di laman media sosial.

Pengguna media sosial yang lain kemudian tampil menjelaskan bahawa haiwan tersebut dikenali sebagai Lygosoma quadrupes iaitu sejenis reptilia kecil dalam kumpulan skink.

Ia dikenali dengan badannya yang panjang, kepala panjang dan rata serta berkaki pendek.

Skink tersebut biasanya mempunyai badan berwarna kelabu dan hitam atau coklat muda.

Disebabkan kakinya yang pendek, ia cenderung merayap dan bersembunyi di dalam tanah yang gembur dan sering disalah anggap sebagai ular.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini