WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LIMA BANGUNAN KEDAI DI CARPENTER STREET MUSNAH TERBAKAR

Lima buah bangunan kedai di Jalan Ewe Hai, Carpenter Street musnah terbakar sekitar jam 1.40 petang tadi


Back To Whats Hot

KUCHING, 8 Mac: Lima buah bangunan kedai di Jalan Ewe Hai, Carpenter Street musnah terbakar sekitar jam 1.40 petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Tiong Ling Hii berkata tiga daripada bangunan kedai itu musnah sepenuhnya manakala dua lagi dianggarkan terbakar 20 peratus.

Beliau ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini berkata pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam selepas kejadian berikutan kesukaran jentera untuk memasuki kawasan tersebut.

Katanya, semua mangsa berjaya keluar dari bangunan kedai itu ketika kejadian dan setakat ini tiada laporan mengenai mangsa terperangkap.

Mengulas lanjut, Tiong berkata kebakaran itu adalah kali ketiga berlaku di Carpenter Street dan kebakaran kali terakhir di kawasan itu adalah pada 2012.

Turut musnah terbakar ialah sebuah kereta.

#BilikBeritaCATS #CATSFM