• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PELAJAR ULANG-ALIK UNIVERSITI NAIK KAPAL TERBANG

Pelajar dikenali sebagai Tim Chen itu berkata, dia berbuat demikian selepas membuat perbandingan antara kos menyewa sebuah flat di Vancouver


Back To Whats Hot

CALGARY, KANADA - Seorang pelajar Universiti British Columbia (UBC) menarik perhatian orang ramai kerana berulang-alik dari Calgary ke Vancouver dengan menaiki kapal terbang semata-mata untuk menghadiri kuliah, lapor saluran berita NDTV. 

Pelajar dikenali sebagai Tim Chen itu berkata, dia berbuat demikian selepas membuat perbandingan antara kos menyewa sebuah flat di Vancouver dan membeli tiket kapal terbang.

Chen memilih menaiki penerbangan kerana harganya jauh lebih murah berbanding menyewa kediaman di bandar raya tersebut di Kanada.

Difahamkan bahawa Chen perlu menghadiri dua kuliah pada setiap minggu di UBC dan dia membelanjakan sekitar AS$150 (RM709) untuk setiap penerbangan pergi atau bersamaan hampir AS$1,200(RM5,677) sebulan.

Kos sewa bulanan di Vancouver pula mencecah AS$2,100(RM9,935).

Justeru, Chen membuat keputusan bahawa menaiki penerbangan adalah pilihan yang bijak dan lebih jimat berbanding tinggal di Vancouver.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini