WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BELGIUM HANTAR PESAWAT PENGANGKUT UNTUK MENGGUGURKAN BANTUAN KE GAZA

Pesawat pengangkut tentera Airbus A400M Atlas Tentera Udara Belgium yang sarat dengan bantuan kemanusiaan yang akan dijatuhkan di atas jalur Gaza


Back To Whats Hot

MELSBROEK: Belgium menghantar pesawat tentera untuk menyertai operasi antarabangsa bagi menggugurkan bantuan di Gaza.

Operasi itu turut membabitkan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Jordan.

Bantuan itu dibawa ke Jordan, sebelum diperiksa dan mendapat lampu hijau Israel untuk digugurkan.

Komander pangkalan udara, Kolonel Bruno Beeckmans, berkata mereka tidak memutuskan bila untuk masuk.

"Sebaliknya, kami diberitahu bila boleh masuk dan kami akan mematuhinya.

"Ia benar-benar zon larangan terbang kerana zon perang. Jadi kita perlu diselaraskan dengan tepat," katanya.

Pesawat pengangkut Airbus A400M tentera itu akan membuat penerbangan lain dari Brussels ke pangkalan udara Zarqa, Jordan di luar Amman, untuk menerima lebih banyak bantuan dan kakitangan untuk melakukan pengguguran.

Zarqa menjadi hab untuk apa yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan Belgium, Ludivine Dedonder, sebagai "gabungan kemanusiaan untuk Palestin".

Pegawai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menekankan keadaan terdesak yang dihadapi oleh penduduk di Gaza, dengan bekalan makanan yang semakin berkurangan mendorong sebahagian besar penduduk ke ambang kebuluran.

Menteri Luar Belgium, Hadja Lahbib, yang juga berada di pangkalan udara Melsbroek, berkata gencatan senjata diperlukan untuk membolehkan lebih banyak penghantaran bantuan.

Serangan balas Israel di Gaza, kini memasuki bulan kelima dan mengorbankan lebih daripada 30,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini