• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TIADA SERANGAN DI GAZA SEPANJANG RAMADAN – BIDEN

Seorang lelaki mendukung bayi ketika melalui bangunan yang musnah akibat serangan askar Israel di Beit Lahia semalam - AFP


Back To Whats Hot

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa Israel bersetuju untuk menghentikan serangannya di Gaza semasa bulan Ramadan sekiranya perjanjian gencatan senjata berjaya dicapai.

“Ramadan akan tiba dan Israel menyatakan mereka tidak akan melakukan aktiviti (ketenteraan) semasa bulan tersebut untuk memberi masa bagi membebaskan semua tebusan,” kata Biden semasa program bual bicara Late Night with Seth Meyers di rangkaian televisyen NBC.

Beliau sebelum itu menyatakan harapan agar gencatan senjata antara Israel dengan Hamas akan dimeterai menjelang Isnin depan.

Ujar Biden, penasihat keselamatan AS memberitahunya bahawa persetujuan berhubung gencatan senjata itu sudah semakin hampir. 

“Kami sudah semakin hampir, namun ia belum selesai. Harapan saya adalah menjelang Isnin depan, kita akan mencapai gencatan senjata,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini