WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PEMERGIAN TUN ABDUL TAIB: SARAWAK ISYTIHAR BERKABUNG DUA HARI

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini


Back To Whats Hot

KUCHING, 21 Feb - Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

"Masjid dan rumah ibadat digalakkan untuk mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Abdul.

Jenazah Abdul Taib dijangka tiba dari Kuala Lumpur petang ini dan akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

"Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

"Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya," menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini