WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ANGKA KEMATIAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 29,092 ORANG

Seorang lelaki yang cedera dipindahkan ke hospital di bandar Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza - Xinhua


Back To Whats Hot

ISTANBUL - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, meningkat kepada 29,092 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikepung pada Isnin.

Sejumlah 69,028 lagi cedera dalam serangan berterusan itu, lapor Agensi Anadolu.

"Ramai lagi pendudUk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat,” katanya.

Peperangan Israel ke atas Gaza menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu terpaksa berpindah, di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.

Sumber: Bernama

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini