WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

META LANTIK ANAK KELAHIRAN MALAYSIA SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH

Anak kelahiran Pulau Pinang, Tan Hock Eng dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Meta - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Meta syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp mengumumkan penambahan Ahli Lembaga Pengarah baharu, termasuk seorang anak kelahiran Malaysia, iaitu Ketua Eksekutif Broadcom Inc, Tan Hock Eng.

Beliau yang lahir di Pulau Pinang, sebelum ini bertugas di beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat termasuk General Motors, dan PepsiCo.

Kepakaran Hock Eng dalam arena semikonduktor dijangka akan membantu Meta yang kini giat melakukan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dan pembangunan GenAI.

Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Setahun kemudian, beliau memperoleh ijazah sarjana dalam subjek yang sama juga dari MIT.

Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Harvard dan kembali ke Malaysia, di mana beliau mengendalikan Hume Industries antara 1983 dan 1988 sebelum berpindah ke Singapura sebagai Pengarah Urusan Pacven Investment, firma modal teroka.

Pada 1992, beliau berpindah kembali ke AS sebagai Naib Presiden kewangan untuk syarikat pengeluar komputer, Commodore International, sebelum bertukar kerjaya sebagai Eksekutif Kewangan Kanan di PepsiCo dan sebagai Eksekutif Kanan di General Motors.

Beliau juga pernah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat Integrated Circuit Systems dari Jun 1999 hingga September 2005, sebelum berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat Integrated Device Technology Teknologi dari September 2005 hingga Januari 2008.

Dia juga sudah memperoleh kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Pada 2017, Tan dinamakan sebagai CEO berpendapatan tertinggi di AS, memperoleh AS$103.2 juta (RM493.35 juta) pada tahun itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini