WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

‘DUDUK MALAYSIA KENA PUKUL, BALIK PAKISTAN JADI TAUKE’

Seorang warga Pakistan mengakui kehidupannya jauh lebih tenang selepas pulang ke negara asal dengan memulakan perniagaan sendiri - Sumber TikTok


Back To Whats Hot

PETALING JAYA – Seorang warga Pakistan mengakui kehidupannya jauh lebih tenang selepas pulang ke negara asal dengan memulakan perniagaan sendiri.

Menerusi perkongsian di TikTok Ahmad Isa, individu yang dikenali sebagai Usman berkata, dia pernah bekerja di Malaydia di sebuah kedai menjual kain fabrik di ibu kota.

Namun, dia mendakwa sering menjadi mangsa samun selain diganggu beberapa kali sewaktu pulang dari kerja.

“Dulu saya kerja berhadapan dengan Sogo, Kuala Lumpur di sebuah kedai fabrik di sana. Saya balik ke Pakistan semula sebab orang pukul saya.

“Bukan itu saja, barang jualan saya dan pasport juga diambil membuatkan saya jadi susah,” katanya ketika disoal Ahmad mengenai pengalaman bekerja di Malaysia.

Menerusi kapsyen pada video Ahmad, dia memberitahu bahawa Usman kini sedang mengusahakan sebuah perniagaan di Pakistan serta memiliki lebih 100 orang pekerja.

Dalam video yang sama, dapat dilihat Usman sempat mengagihkan beberapa bungkusan yang mengandungi bekalan makanan kepada Ahmad dan rakan-rakannya.

Difahamkan, Ahmad bersama tiga rakyat Malaysia yang lain dalam misi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji dengan mengayuh basikal sejauh 12,000 kilometer (km) menggunakan laluan darat.

Perjalanan mereka melalui jalan darat yang memakan masa tujuh bulan itu akan merentasi tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dijangka tiba di Arab Saudi pada pertengahan Mei 2024.

Sumber: Kosmo Online!

@ahmad.bin.isa KAYUHAN HAJI @ THAILAND #KayuhanHaji2024 ♬ Allahumma Labbaik - Intan Ayu

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini