WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LIGA ARAB DESAK UNSC LULUSKAN RESOLUSI GENCATAN SENJATA DI GAZA

Barisan pemimpin negara Arab ketika menyertai persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan isu perang Israel-Palestin - Foto AFP


Back To Whats Hot

NEW YORK: Anggota Liga Arab mendakwa mempunyai sokongan besar dalam kalangan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi mendesak gencatan senjata di Gaza.

Sehubungan itu, wakil tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, mendesak anggota UNSC menyokong deraf resolusi itu, yang akan dikemukakan Algeria.

"Daripada perspektif kami, kami percaya UNSC wajar mengambil tanggungjawab dan bertindak segera untuk menamatkan pertempuran dan menyelamatkan Gaza daripada bencana.

"Kami mahu melihat UNSC bertindak dalam mandat dan kuasanya secepat mungkin. Kami percaya kami akan mendapat sokongan ramai berkaitan deraf teks resolusi ini," katanya.

Riyad sifatkan serangan dan pencerobohan Israel di Rafah akan menyebabkan penduduk Semenanjung Gaza semakin berkurangan.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, minggu lalu menegaskan cadangan deraf resolusi menuntut jeda kemanusiaan segera menyebabkan usaha membebaskan tahanan Israel dalam bahaya.

Sebaliknya, beliau memaklumkan AS kini mengusahakan cadangan lebih konkrit untuk pembebasan tahanan Israel dan memastikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan dapat dihantar ke Gaza.

Namun, Riyad berpandangan, UNSC perlu segera membuat keputusan berkaitan deraf resolusi untuk jeda kemanusiaan.

Deraf resolusi cadangan Algeria tidak menyentuh isu pembebasan tahanan, sebaliknya ia menuntut semua pihak mematuhi undang-undang antarabangsa dan menuntut akses untuk bantuan kemanusiaan bagi Gaza.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini