WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA SEHINGGA ESOK

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca dan luruan monsun


Back To Whats Hot

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengemas kini amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan yang dijangka berlaku sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca dan luruan monsun.

Katanya, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang masih berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak.

“MetMalaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini