WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LAUNGAN AZAN UNDANG SEBAK DI ISTANA NEGARA

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama anakanda baginda sebelum bergerak dari Istana Negara pagi tadi - Foto Ihsan Jabatan Penerangan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Laungan azan mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Azan tersebut dilaungkan oleh Pembantu Pegawai Agama di Istana Negara Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni sebelum Al- Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan pekarangan Istana Negara.

Suasana itu turut mengundang perasaan sedih dan pilu, malah warga Istana Negara juga berkesempatan mengucapkan selamat berangkat kepada Al-Sutan Abdullah dan Tunku Azizah buat kali terakhir.

Seri Paduka Baginda juga kelihatan sebak ketika azan berkumandang, sebelum menaiki kenderaan khas diraja ke bangunan Parlimen.

Ketika meninggalkan Istana Negara, kenderaan khas yang membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melintasi Kawalan Kehormatan Darjat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja Kem Wardieburn, Setapak, yang turut mempersembahkan ‘Hormat Diraja’.

Kenderaan yang membawa Seri Paduka Baginda berdua itu kemudiannya berangkat menuju ke Dataran Parlimen di sini untuk Istiadat Keberangkatan Balik.

Seterusnya Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan dibawa ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini