WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PRESIDEN FILIPINA DIKECAM NAIK HELIKOPTER TONTON KONSERT COLDPLAY

Marcos dan isterinya dilihat tiba di stadium Philippine Arena menggunakan helikopter Jumaat lalu - X


Back To Whats Hot

MANILA - Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan isterinya menerima kritikan hebat di media sosial kerana menggunakan helikopter rasmi kerajaan untuk menghadiri konsert Coldplay di sebuah wilayah di utara ibu kota, Manila.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, Marcos dan Wanita Pertama Filipina dilihat tiba di stadium Philippine Arena menggunakan helikopter, Jumaat lalu.

Orang ramai mengkritik tindakan itu  dengan menuduh mereka menyalahgunakan kemudahan milik kerajaan.

Pejabat Presiden menjawab kritikan netizen dengan berkata, langkah itu terpaksa dilakukan berikutan masalah kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan.

“Kebanjiran 40,000 individu untuk menghadiri konsert dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengakibatkan masalah lalu lintas. Ini menimbulkan ancaman keselamatan kepada Presiden.

“Kami berharap agar rakyat  memahami dan menyokong langkah ini yang amat penting dalam mengekalkan keselamatan serta kesejahteraan pemimpin negara kita,” kata Ketua Kumpulan Keselamatan Presiden Marcos, Brigedier Jeneral Jesus Nelson Morales.

Philippine Arena  yang terletak jauh di pinggir  Manila mengambil masa sekitar 40 minit untuk perjalanan menggunakan kereta dari Istana Presiden tanpa kesesakan lalu lintas.

Jika menggunakan pengangkutan awam, laluan  sama boleh mengambil masa antara satu hingga dua jam.

Sementara itu, beberapa video dan gambar Marcos serta isterinya, Liza Araneta-Marcos mendapat kritikan rakyat Filipina dengan ada yang mendakwa mereka menyalahgunakan  kuasa yang diberikan.

“Menggunakan sumber rasmi seperti helikopter Presiden  untuk aktiviti peribadi dan bukan rasmi dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa atau penyalahgunaan sumber kerajaan,” kata seorang netizen.

“Kami (rakyat) membayar untuk penggunaan helikopter, bahan api dan keselamatan. Siapa tahu, mungkin kami juga membayar harga tiket mereka,” kata netizen lain.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini