WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

DIKHABARKAN PUTUS, TOM HOLLAND, ZENDAYA NAK BERTUNANG

Tom Holland dan Zendaya menafikan khabar angin, kononnya hubungan mereka sudah berakhir - Sumber Foto Kosmo Online!


Back To Whats Hot

Pelakon Tom Holland menafikan khabar angin tentang hubungannya bersama kekasih, iaitu aktres Zendaya kini telah pun berakhir.

Holland ketika ditemu bual bersama TMZ turut menafikan sudah pun mengikat tali pertunangan, namun tidak menolak untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Sudah tentu tidak benar (putus). Itu cuma khabar angin sahaja. Kami juga belum bertunang seperti yang dikhabarkan oleh media.

“Tapi saya akui akan berbuat demikian (bertunang) dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, tular khabar angin hubungan kedua-dua pasangan itu telah berakhir selepas Zendaya tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya.

Holland dan Zendaya telah pun menjadi pasangan kekasih sejak 2017, namun perkara itu hanya diketahui umum pada 2021.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini