WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KONSERT SITI NURHALIZA TETAP DITERUSKAN DEMI PALESTIN - YAYASAN NURJIWA

Siti Nurhaliza akan tetap meneruskan konsert pada tarikh 9 Mac 2024 atas sebab-sebab tertentu - Sumber Foto Kosmo Online!


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan meneruskan penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan iaitu 9 Mac depan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45 iaitu Yayasan Nurjiwa, tujuan utama konsert diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata pengasas bersama Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lagi.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa juga memaklumkan, pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa tarikh 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang tahun 2024.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya, untuk rakyat Palestin.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MOHD. HAIKAL ISA
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini