• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AMELIA HENDERSON TENANG DIKECAM NETIZEN

Amelia Terbuka Dengan Segala Kritikan Daripada Netizen - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson tidak melatah apabila dikecam netizen kerana berpenampilan seksi. Malahan, Amelia terbuka dengan segala kritikan daripada netizen. 

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson menganggap kritikan diterima itu merupakan asam garam yang perlu dilalui anak seni memandangkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan ramai. 

Jelas Amelia, sokongan keluarga dan insan tersayang adalah lebih penting selain perlu bersikap jujur dengan peminat mengenai penampilannya. 

Katanya, “saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya. Dalam masa sama, saya sangat ambil berat dengan diri sendiri dan hanya saya yang tahu siapa saya. 

“Selagi keluarga, orang tersayang ada dengan saya dan sokong saya, Allhamdulillah. This is me, sekurangnya saya jujur dengan pendirian saya sendiri,” katanya kepada pemberita. 

Pelakon filem itu juga mengakui tidak pernah rimas apabila imej seksinya menjadi bualan ramai dan dia lebih memfokuskan komen positif dan murni yang ditinggalkan peminat di media sosialnya. 


Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini