• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KELUARGA TAK HALANG JASMINE SURAYA PILIH JALAN HIDUP SENDIRI

"Isu Agama Adalah Peribadi" - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Baru-baru ini pelakon Jasmine Suraya menjadi perbualan topik netizen apabila dia berkunjung ke India dikatakan adalah untuk menukar agama yang dianutinya. 

Jasmine Suraya Chin Xian Mei, berkata isu agama adalah sesuatu yang peribadi dan tidak sepatutnya dibicarakan secara terbuka. 

“Bagi saya isu agama adalah peribadi walapun kecoh dikatakan menukar agama ketika bercuti di India sampaikan saya terima banyak mesej (DM) di laman sosial bertanya mengenai perkara itu. 

“Tapi saya rasa agama adalah sesuatu yang sensitif dan peribadi. Sejak kecil saya mempelajari agama secara rahsia memandangkan bapa saya seorang freethinker (tidak percaya agama),“ katanya. 

Jasmine yang beragama Kristian berkongsi yang ibunya juga tidak pernah menghalang dia memilih agama yang dipercayai cuma tidak mahu dia membuat keputusan hanya berdasarkan desakan dan tanpa kerelaan hati. 

Meskipun diasak dengan pelbagai persoalan mengenai isu agama, Jasmine memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perkara itu malah keadaan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik. 

Sebaliknya dia berasa gembira apabila ada peminat yang masih ingin mengambil tahu tentang dirinya meskipun ia isu sensitif. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini