• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

PENIAGA DAKWA TERIMA WANG PALSU RM20 DI PASAR TAMU SIBU JAYA

Pasar Tamu Sibu Jaya kecoh semalam apabila beberapa peniaga mendakwa menerima wang kertas RM20 palsu


Back To Whats Hot

SIBU, 31 Jan: Pasar Tamu Sibu Jaya kecoh semalam apabila beberapa peniaga mendakwa menerima wang kertas RM20 palsu daripada individu tertentu yang membeli sayur daripada mereka.

Video kekecohan tersebut telah tular melalui aplikasi media sosial.

Difahamkan wang palsu berkenaan digunakan wanita membawa seorang kanak-kanak ketika membeli sayur-sayuran daripada peniaga, kebanyakannya masyarakat Iban yang menjual sayuran hasil hutan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita nasihatkan supaya peniaga-peniaga yang menjadi mangsa tampil membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini