WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

DAHULU BUDAK PENGHANTAR PIZA, KINI MILIKI HARTA LEBIH RM5 BILION

Francis bermula dari permulaan yang sederhana. - Ben Francis/Instagram


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang lelaki muda di Britain yang mula bekerja sebagai penghantar piza kini hidup mewah selepas menubuhkan sebuah syarikat di garaj rumah ibu bapanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ben Francis, 30, telah menubuhkan sebuah syarikat pakaian sukan jenama Gymshark pada 2012. Pakaiannya kini dimiliki oleh ramai ahli sukan, selebriti dan peminat pakaian sukan di seluruh dunia. 

Francis kini menjana pendapatan sehingga £1 bilion (RM5.1 bilion) dan mampu membiayai percutian mewah, memiliki motosikal mahal dan berkahwin dengan seorang model kecergasan. Hidupnya kini jauh lebih baik  daripada menjadi seorang budak penghantar pizza di Birmingham.

Syarikatnya yang berpangkalan di Solihull, West Midlands berasal dari permulaan yang sederhana, lapor akhbar The Sun.

Francis pada awalnya menceburi bidang perniagaan suplemen kesihatan sebelum meninggalkan perusahaan itu kerana tidak mendapat keuntungan seperti diharapkan.

Titik tolak kejayaan Francis bermula ketika dia sukar untuk mencari pakaian gimnasium yang disukainya. Francis memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan meminta neneknya mengajar cara menjahit.

Francis ketika itu masih belajar sepenuh masa di Universiti Aston, Birmingham sambil bekerja sebagai penghantar piza.

Dia mula meraih keuntungan selepas menawarkan pakaiannya di pasaran selain berhenti belajar untuk menguruskan Gymshark dan dua perniagaan lain secara sepenuh masa.

Jenama itu akhirnya melonjak popular dengan 5.8 juta pengikut di laman Instagram.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini