• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LELAKI DIBERI NAMA ALHAMDULILLAH TANDA SYUKUR

Alhamdulillah terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti setiap kali ada pihak yang tidak percaya dengan namanya. - Sumselupdate


Back To Whats Hot

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana memiliki nama yang unik iaitu Alhamdulillah bin Sulaiman, lapor laman berita Suara.

Lelaki berasal dari kabupaten Pali itu memberitahu, ramai yang tidak percaya bahawa nama sebenarnya ialah Alhamdulillah sehingga dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

“Selain orang biasa, polis juga tidak percaya bahawa nama saya ialah Alhamdulillah dan kerap dituduh cuba mempermainkan pihak berkuasa.

“Apabila mereka melihat kad pengenalan, barulah terbukti memang itu nama saya,” jelasnya.

Tambah pemuda berusia 23 tahun itu, ibu bapanya menamakan dia Alhamdulillah sebagai tanda syukur kerana diberi rezeki anak lelaki selepas berulang kali dikurniakan anak perempuan.

“Sebaik sahaja ibu bapa mengetahui jantina saya selepas dilahirkan, mereka sepakat menamakan saya Alhamdulillah kerana bersyukur kepada Allah yang memberi peluang menimang anak lelaki,” tambahnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini