• LISTEN NOW ON AIR

    12/09/22 - 12/09/22

WHAT'S NEXT

12/09/22 - 12/09/22

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM KAPAL TERBANG TIDAK WAJIB

Penumpang yang menaiki pesawat untuk ke destinasi masing-masing kini tidak perlu memakai pelitup muka apabila berada di dalam pengangkutan


Back To Whats Hot

PUTRAJAYA - Penumpang yang menaiki pesawat untuk ke destinasi masing-masing kini tidak perlu memakai pelitup muka apabila berada di dalam pengangkutan itu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan protokol baharu berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM amat menggalakkan pemakaian pelitup muka untuk terus diamalkan oleh individu bergejala seperi demam, batuk serta selesema.

“Selain itu, Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung masih digalakkan menggunakan pelitup muka.

“Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga disarankan mengambil langkah sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Khairy berkata, keputusan itu dibuat dengan menggunakan pendekataan berasaskan risiko selain mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes Covid-19 yang terkawal kini.

“Kapal terbang dilengkapi pengudaraan yang baik dalam kabin selain menggunakan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara.

“Kelonggaran ini juga selaras dengan syor kesihatan daripada negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura,” jelasnya.

Menurutnya lagi, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini