WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

WANITA LUAR BIASA DIGELAR ELASTIGIRL

CUPING telinga Ayumi Takada boleh meregang sehingga 4.5 sentimeter (cm). - COMPASS MEDIA


Back To Whats Hot

TOKYO: Seorang wanita di Jepun dibandingkan dengan watak Elastigirl dari filem animasi terkenal, The Incredibles berikutan kemampuannya melenturkan cuping telinganya untuk memegang beberapa objek seperti payung dan batang monopod.

Lapor Oddity Central, Ayumi Takada, 37, dari Tokyo pada mulanya menyedari cuping telinganya sangat anjal semasa berada di sekolah rendah lagi.

“Ketika kejadian, hujan tanpa henti dan kedua-dua tangan Ayumi penuh dengan barangan.

“Jadi, dia cuba memegang payung dengan menggunakan cuping telinga dan ia berkesan.

“Sejak itu, Ayumi menggunakan cuping telinga untuk memegang objek lain seperti batang monopod, berus kaligrafi, peralatan pembersih dan lain-lain lagi,” jelas laporan.

Menurut laporan, cuping telinga Ayumi boleh meregang sehingga 4.5 sentimeter (cm) sekaligus membolehkannya memegang dan menahan pelbagai objek dengan kuat. 

Sementara itu, Ayumi mendakwa tidak pernah berasa sakit ketika meregang cuping telinganya untuk memegang sesuatu objek.

“Ramai sering bertanya sama ada proses itu menyakitkan. Sebenarnya tidak ada rasa sakit langsung ketika menariknya atau memegang barang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini