WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SUSU SEGAR, BAYAM LIAR RAHSIA USIA CECAH 128 TAHUN

Dokumen pengenalan identiti Mazibuko menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1894. - Newsflash


Back To Whats Hot

JOHANNESBURG – Seorang wanita yang didakwa tertua di dunia, Johanna Mazibuko mendedahkan rahsia bagi panjang umurnya adalah pengambilan susu segar dan bayam liar dalam diet harian, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Penduduk Afrika Selatan itu menyambut ulang tahun ke-128 awal minggu ini, sekali gus memberi gambaran bahawa dia merupakan individu tertua di dunia yang masih hidup.

Semasa menyambut hari jadinya, Mazibuko turut memegang sekeping kertas yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1894.

Dia dibesarkan di sebuah ladang jagung di bandar Ottosdal dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.

Mazibuko dibesarkan dengan susu segar dan bayam liar. Walaupun dia kini ada memakan makanan moden, wanita itu masih merindui kesederhanaan zaman kanak-kanaknya.

Keadaan kesihatan Mazibuko pada usia 128 tahun boleh dikatakan baik meskipun bergelut dengan masalah pendengaran.

Ini kerana wanita itu masih kuat untuk bergerak ke hulu dan hilir dalam rumahnya tanpa bantuan.

Mazibuko mempunyai tujuh anak bersama suaminya, Swatana, dan dua daripada mereka masih hidup hingga ke hari ini. Dia juga mempunyai sekitar 50 cucu dan cicit.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini